Tuesday, July 31, 2007

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

DARJAT PEMBACA Al-QURAN

1)Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari

2)Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari

3)Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari

4)Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari

5)Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari

6)Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari

--Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus-

Monday, July 30, 2007

PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR HAJI FADZILAH KAMSAH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allahjadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maafperlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

KULIAH JIN: UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dariapi (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati NabiAdam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun kebumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islampula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam(Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam)

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarangmengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu. (terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikutsirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicitjin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun ataubomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabilaNabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga NabiSulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaimanduduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebutreput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu olehjin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnyatenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktuitu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siapbelum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat **menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jikatidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebabbeliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara MuslimMuslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yangberkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. *

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Salam... Sy selalu mendengar dalam ceramah2 dan kelas agama yg d smapaikan oleh ustaz2 mengenai perkara ini... memang menjadi tanggungjawab kiter utk memastikan bacaan kiter sempurna supaya ibadat solat kiter d terima oleh ALLAH swt.. so mari lah kiter ambil iktibar dan sampaikan pd saudara islam kiter yg lain ...semoga kiter semua mendapat rahmat...Insyaallah....aameeen... hanya sekadar berkongsi, YanieMJ
Assalamualaikum
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkannama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. I
ya bermaksud 'matahari'Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepadamataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami memintapertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpahenti.8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betuliaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kitabersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.

wassalam.

PAKCIK, BAPAK KATA DIA TAK DE

Daripada Uqbah bin Amir r.a katanya: Wahai Rasulullah! Engkau mengutuskan kami, lalu kami pergi kepada suatu kaum, tetapi mereka tidak melayani kami, apa pendapat mu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda kepada kami: Sekiranya kamu pergi kepada suatu kaum, lalu mereka melayan kamu sebagaimana yang sepatutnya dilakukan terhadap tetamu, maka terimalah. Sekiranya mereka tidak melakukannya, maka kamu berhak menuntut daripada mereka hak tetamu yang diwajibkan ke atas mereka. (Riwayat Imam Muslim)

ANTARA ADAB BERTAMU

1. MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU

Ayat 27 hingga 28 surah An-Nur yang bermaksud:

Hai orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik itu lebih bagimu agar kamu (selalu) ingat. (27)

Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu:"Kembalilah", Maka hendaklah kamu kembali Itu lebih baik bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (28)

Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : Apabila seseorang itu telah meminta keizinan sebanyak tiga kali tetapi tidak diberi keizinan maka dia hendaklah pulang.

Catitan:

Kita diminta memberi salam, mengetuk pintu ataupun menekan loceng sebanyak tiga kali secara berselang bukannya berturut-turut . Ini adalah bagi memastikan tuan rumah ada di rumah dan kemungkinan besar dia tidak menyahut atau menjawab panggilan kita kerana tugasan atau pun ada masalah lain. Jika kita telah melakukan perkara ini tetapi tiada jawapan maka kita hendaklah pulang. Begitu juga apabila tuan rumah tidak mengizinkan kita untuk masuk maka janganlah kita membantahnya dengan perkataan ataupun perbuatan. Jangan menyimpan perasaan dendam tetapi tanamkan dalam diri sikap baik sangka yang mana kemungkinan waktu ziarah tidak sesuai ataupun dia ada masalah lain.


2. MENJAGA MATA

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Abu Daud :'' Sesiapa yang melihat kitab saudaranya tanpa terlebih dahulu mendapat keizinannya maka dia sebenarnya telah melihat neraka''.

Catitan:

Jika kitab pun kita dilarang melihatnya tanpa keizinan tuannya, apatah lagi perkara yang lain terutama sesuatu yang merupakan rahsia bagi tuan rumah yang dilawati.

Abu Daud telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Basar telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W apabila melawat seseorang maka baginda tidak akan memandang ke arah hadapan melainkan baginda memaling muka ke arah kiri atau kanan dan barulah memberi salam.Ini bagi mengelak daripada melihat sesuatu yang berada di dalam rumah orang yang dilawat terutama perkara yang haram dilihat.

Di dalam sohih Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan bahawa Rasululllah S.A.W telah bersabda : Sekiranya seseorang itu memandang kepadamu (rumah) tanpa keizinan maka kamu hendaklah melontarnya dan kamu juga dikehendaki menutup dengan kasar kedua matanya sekiranya kamu mampu berbuat demikian.

Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : Sesiapa yang memandang rumah seseorang tanpa mendapat keizinan daripadanya maka tutuplah kedua matanya dengan kasar, maka sesungguhnya aku telah menegah daripada perbuatan itu.

Catitan:

Daripada hadis-hadis ini dapat kita simpulkan bagaimana Islam sangat mengambil berat mengenai penjagaan mata daripada melihat sesuatu yang ditegah apatah lagi perkara haram. Oleh itu, jagalah mata kita daripada memandang sesuatu di dalam rumah orang yang dilawati tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu. Begitu juga ketika berada di mana sahaja agar kita dapat sama-sama menghindari maksiat mata. Ingatlah bahawa setiap anggota badan kita akan menjadi saksi kepada segala amalan kita di akhirat nanti.
3. MENJAGA PERCAKAPAN

Surah Lukman ayat 19 yang bermaksud : Dan sederhanakanlah kamu semasa berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara itu ialah suara keldai. Jangan berbual perkara yang sia-sia dan melanggar syariat Islam seperti mengumpat dan mencaci.

Ayat 12 surah al-Hujurat : Wahai orang-orang yang beriman, hindarilah kebanyakan daripda buruk sangka, sesungguhnya sebahagian daripada buruk sangka itu merupakan dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahn orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah kamu suka memakan daging saudara kamu sendiri yang sudah mati? Maka sudah tentu kamu berasa jijik untuk berbuat demekian. Dan takutlah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Catitan:

Memastikan percakapan kita tidak menyakiti hati tuan rumah dan jangan tinggikan suara sehingga mengganggu ahli rumah yang lain terutama ketika pada waktu malam yang mana kemungkinan akan mengganggu ahli rumah yang lain yang hendak tidur dan sebagainya. Jangan berbual terlalu lama sehingga mengganggu masa tuan rumah terutama jika kita tahu dia mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan. Berbuallah perkara yang dapat menambah pengetahuan terutama yang bersangkutan dengan pelajaran, masalah umat dan mengerat hubungan serta mahabbah.

4. BERTERIMA KASIH DAN MENJAGA RAHSIA

Mengucapkan terima kasih di atas segala layanan yang telah diberikan. Bersalaman sebelum berpisah di samping mengucap kata-kata yang disukai oleh tuan rumah. Sentiasa menjaga rahsia jika ada sama ada berkaitan dengan dirinya, rumah ataupun ahli yang lain agar persahabatan yang di semai terus subur serta segala permasalahan dapat dielakkan.

Sekian, wallahu a’lam