Monday, July 30, 2007

KULIAH JIN: UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dariapi (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati NabiAdam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun kebumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islampula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam(Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam)

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarangmengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu. (terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikutsirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicitjin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun ataubomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabilaNabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga NabiSulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaimanduduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebutreput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu olehjin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnyatenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktuitu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siapbelum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat **menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jikatidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebabbeliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara MuslimMuslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yangberkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. *

No comments: